Saturday, July 18, 2009

Pesta Pantun Kebangsaan





Pertandingan Pesta Pantun Sekolah - Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Glory Beach Resort, Port Dickson selama tiga hari dua malam bermula 6 Julai hingga 9 Julai 2009. Sebanyak 16 pasukan telah menyertai pertandingan ini mewakili negeri masing - masing. Pertandingan akhir telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Chuari Selamat nama yang cukup sinonim dengan majlis - majlis berpantun. Pertandingan akhir pertemuan antara Juara Bertahan Pasukan Negeri Sembilan yang diwakili SMK Dato Undang Musa Al-Haj, Jelebu dan Pasukan Negeri Pahang yang diwakili SMK Agama Pahang, Bandar Muazam Syah, Pahang. Pasukan Negeri Sembilan telah dinobatkan sebagai johan manakala pemantun terbaik dinobatkan kepada Mohd Helmi bin Ramli juga dari pasukan Negeri Sembilan. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Shamshulkahar bin Mohd Deli, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran Dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan. Tahniah Negeri Sembilan...


No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online