Sunday, February 12, 2012
Tuesday, January 10, 2012
Tuesday, November 22, 2011
Majlis Penyampaian KWAPM Tahun 2011
Berikutan pelbagai masalah di hadapi oleh pihak pentadbiran yang berkaitan dengan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin pada tahun 2011, pihak sekolah hanya dapat mengagihkan bantuan tersebut pada akhir tahun. Justeru itu, pada 22 November 2011, pihak sekolah berusaha sedaya upaya mengadakan majlis penyampaian KWAMP 2011 supaya wang tersebut dapat diagihkan kepada para ibu bapa sebelum sesi persekolahan 2012 bermula. Walaupun dalam keadaan yang tergesa-gesa, majlis tersebut akhirnya dapat dijalankan dengan lancar. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran, JAKOA dan lain-lain agensi yang terlibat dalam menguruskan KWAPM untuk sekolah ini.
Wednesday, November 16, 2011
Hari Anugerah Kecemerlangan SK Senibai 2011
Pada 16 November 2011, SK Senibai mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan sebagai penghargaan kepada murid-murid yang menunjukkan prestasi akademik yang baik dalam peperiksaan akhir tahun. Majlis ini dibuat secara dalaman di mana hanya AJK PIBG dijemput untuk memeriahkan majlis. Pelbagai acara sampingan diadakan sempena majlis ini iaitu persembahan murid Tahap 1 dan 2, cabutan bertuah dan nyanyian koir. Tahniah diucapkan kepada murid yang berjaya mencapai kecemerlangan akademik. Kepada yang kurang berjaya, berusahalah lebih gigih lagi kerana peluang sentiasa terbuka untuk menggapai kecemerlangan.
Tuesday, November 15, 2011
Majlis Penyampaian Sijil KEDAP Peringkat Negeri Sembilan
Pada 10 November 2011, seramai 300 orang pelajar KEDAP telah menerima sijil yang disampaikan oleh YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan dalam Majlis Penyampaian Sijil KEDAP Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di SK Putra, Jelebu. Termasuk dalam senarai penerima sijil ialah 30 orang pelajar KEDAP SK Senibai. Mereka turut berpeluang membawa ahli keluarga ke majlis ini. Majlis ini diadakan sebagai meraikan pelajar KEDAP diseluruh Negeri Sembilan yang tamat mengikuti kelas. Pelbagai acara sampingan diadakan seperti gerai pameran dan sukaneka. Pelajar SK Senibai telah memenangi dua acara yang dipertandingkan iaitu boling kelapa dan jalan susun batu bata. Tahniah diucapkan kepada semua yang menerima sijil KEDAP.
Monday, November 14, 2011
Perkhemahan Perdana 1 Malaysia





Perkhemahan Perdana 1 Malaysia Murid - murid Tahun 6 Luak Johol telah berjaya dilangsungkan di SK Datuk Undang Kamat, Johol bermula 2 hingga 3 November yang baru lalu. Sebanyak 12 buah sekolah di Luak Johol telah mengambil bahagian dalam aktiviti perkhemahan ini yang melibatkan 60 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai etnik iaitu Melayu, Cina, India dan Orang Asli. Aktiviti- aktiviti yang telah dijalankan antaranya ialah flying fox, meredah hutan, persembahan kebudayaan dan demontrasi memadam kebakaran. Peserta SK Senibai telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan Malam Kebudayaan manakala tempat pertama peserta tuan rumah. Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Dato' Abd Samad b Ibrahim, EXCO Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus.
Monday, October 10, 2011
Lawatan KEDAP ke Melaka
Kelas KEDAP SK Senibai mengadakan lawatan ke Melaka pada 7 dan 8 Oktober 2011. Lawatan ini diadakan sebagai satu aktiviti khusus dalam kurikulum kelas KEDAP. Pada 7 Oktober, para peserta dibawa menginap di D' Nelayan Beach Resort, Kuala Sungai Baru Melaka. Dalam perjalanan, kami singgah di pekan Alor Gajah untuk minum petang. Selepas mendaftar masuk di resort, para peserta bebas melakukan aktiviti masing-masing. Pada waktu malamnya, para peserta dibawa menikmati makan malam di Medan Ikan Bakar Terapung, Kuala Sungai Baru.
Keesokan harinya, iaitu pada 8 Oktober, peserta dibawa memasuki Zoo Melaka untuk melihat pelbagai jenis haiwan unik dan menikmati panorama alam ciptaan tuhan. Seterusnya, rombongan di bawa melawat sekitar Banda Hilir, Melaka. Antara tempat yang dilawati ialah, Menara Taming Sari, Istana Kesultanan Melayu Melaka, dan Memorial Kemerdekaan.Lawatan ini diakhiri dengan aktiviti menaiki Melaka River Cruise pada waktu malam. Secara keseluruhannya,lawatan ini berjalan lancar mengikut perancangan dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)














